Tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan mangsa culik Semporna - Najib

Bernama
Mei 30, 2014 07:58 MYT
Tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan mangsa culik Semporna - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan seorang wanita warganegara China dan seorang wanita warganegara Filipina yang diculik dari Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, Sabah awal April lepas.
"Saya baru sahaja diberi taklimat oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bahawa dua wanita yang diculik dari sebuah resort di Sabah April lepas, telah diselamatkan oleh pihak berkuasa kita.
"Tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan mereka," kata Najib dalam Twitter beliau pada Sabtu.

I have just been briefed by @PDRMsia that the two women abducted from a resort in Sabah last Apr have been rescued by our authorities.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 30, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

We are taking steps to facilitate the return of the Chinese national to her home as soon as possible.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 30, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

No ransom paid to secure their release. Success due to cooperation of Malaysia & Philippines security forces. I thank all involved.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 30, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Justeru itu, beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara di atas usaha mereka membebaskan kedua-dua mangsa culik itu.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga sedang berusaha menghantar pulang wanita China itu ke negaranya secepat mungkin.
Najib berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina.
Pada 2 April lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata telah menculik pelancong China, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, yang bekerja di Singamata Adventures and Reef Resort, kira-kira 10.30 malam.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya turut merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina yang bekerjasama rapat dalam pembebasan kedua-dua mangsa.
"Berbanyak-banyak terima kasih kepada Pasukan Keselamatan Filipina di atas bantuan dan kerja keras mereka bagi membebaskan dua mangsa culik di Semporna, Sabah.
"Syabas Cawangan Khas @PDRMsia, di atas kerja keras berterusan berjaya membebaskan 2 tebusan itu. Mangsa dalam keadaan sihat," katanya.
Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengesahkan pembebasan mangsa culik itu adalah hasil kerjasama polis Malaysia dan Filipina.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan lokasi kedua-dua mangsa itu kini.
#culik #Najib Razak #Semporna
;