Tiada vaksin, tiada 'dine-in' di semua fasa PPN - Khairy

Astro Awani
Oktober 1, 2021 06:03 MYT
Khairy menjelaskan perkara berkenaan selepas peralihan fasa membabitkan beberapa negeri mencetuskan kekeliruan orang ramai berhubung kebenaran untuk makan di restoran. Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kebenaran ‘dine-in’ atau makan di restoran dan premis-premis lain masih terhad kepada individu lengkap vaksinasi COVID-19 dan terpakai di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjelaskan perkara berkenaan selepas peralihan fasa membabitkan beberapa negeri mencetuskan kekeliruan orang ramai berhubung kebenaran untuk ‘dine-in’.
“Keperluan vaksinasi lengkap untuk dine-in kekal bagi semua fasa pemulihan,” kata Khairy.
“Peraturan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak dikemaskini.”
Jelasnya, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan berhubung perkara berkenaan.

Keperluan vaksinasi lengkap untuk dine-in KEKAL bagi semua fasa pemulihan. Peraturan yang dikeluar oleh @MKNJPM tidak dikemaskini. Dine-in privileges for all recovery phases only for those fully vaccinated. Kenyataan rasmi akan menyusuli.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) October 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: PPN: Lembah Klang, Melaka dan Kedah alih fasa hari ini
Pada Rabu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 memutuskan peralihan fasa PPN melibatkan beberapa negeri berkuatkuasa 1 Oktober 2021.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia melibatkan peralihan Fasa 2 kepada Fasa 3 di kawasan Lembah Klang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor.
Sementara Melaka beralih daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 dan Kedah pula beralih daripada Fasa 1 kepada Fasa 2.
#dine in #makan #vaksin #FASA