Tiada tanda-tanda keadaan jerebu di Semenanjung semakin pulih
Astro Awani
Jun 16, 2013 22:00 MYT
Jun 16, 2013 22:00 MYT
Tiada tanda-tanda keadaan jerebu di Semenanjung semakin pulih, walaupun kawasan-kawasan yang mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100 telah turun kepada lima dari enam sebelum ini.
Menurut data dari Jabatan Alam Sekitar, keadaan jerebu semakin teruk di Melaka, Bukit Rambai dan Port Dickson yang masing-masing mencatatkan IPU 161, 135 dan 120 setakat pukul 5 petang.
Sebelum ini, angka-angka tersebut adalah masing-masing 129, 120 dan 117 setakat pukul 11 pagi.
Dua lagi kawasan yang dilitupi dengan kualiti udara yang kurang sihat adalah Pelabuhan Kelang dan Kemaman.
Muar pula mencatatkan bacaan IPU yang menurun dari 110 ke 86.
Pihak berkuasa kesihatan telah memberi nasihat awam, terutamanya kepada mereka yang mengalami masalah pernafasan untuk mengurangkan aktiviti luar.