Tiada siasatan baharu ke atas Dr Mahathir - Polis

Bernama
April 4, 2022 22:15 MYT
PDRM mengesahkan tiada siasatan baharu dibuat ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada siasatan baharu dibuat ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kali terakhir Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu dipanggil PDRM ialah pada 23 Mac lepas bagi membantu siasatan membabitkan buku memoir bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
"Rakaman percakapan beliau diambil hanya sebagai saksi bagi menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam buku berjudul My Story: Justice in the Wilderness," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Terdahulu, Dr Mahathir dalam hantaran di laman sosial Facebooknya mendakwa beliau akan dipanggil untuk disoal siasat namun tidak menyatakan sebab siasatan itu.
BACA: Tun Mahathir dakwa akan disiasat
-- BERNAMA
#Bukit Aman #Mahathir Mohamad #siasatan #Abd Jalil Hassan