Tiada serbuan di kediaman Najib, hanya perjumpaan berkaitan siasatan kes - Azam Baki

Astro Awani
November 2, 2018 12:16 MYT
Kehadiran pegawainya ke kediaman Najib di Langgak Duta itu hanya untuk bertemu bekas perdana menteri itu. - Gambar fail
Tiada serbuan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.
Sebaliknya, Azam berkata kehadiran pegawainya ke kediaman Najib di Langgak Duta itu hanya untuk bertemu bekas perdana menteri itu.
"Pertemuan dengan pihak Najib itu adalah untuk mendapat maklumat tertentu bagi membantu siasatan.
"Perkara itu masih dalam siasatan dan tidak boleh dedahkan sekarang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sebanyak lima kenderaan kelihatan memasuki kediaman tersebut kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Turut dilihat kira-kira 10 pegawai dari suruhanjaya tersebut memasuki kediaman Ahli Parlimen Pekan terbabit.
#Azam Baki #Jalan Langgak Duta #kediaman #Najib Razak #pertemuan #siasatan #SPRM
;