Tiada serangan, USJ dan Subang aman, terkawal - Polis

Astro Awani
November 29, 2018 07:44 MYT
Polis menafikan penularan hebahan di media sosial bahawa terdapat serangan akan berlaku di USJ dan Subang hingga mencetuskan keharmonian masyarakat.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, sebaran itu turut mengatakan pihak polis mengarahkan orang ramai keluar dari rumah selepas jam 9 malam sehingga Jumaat.
"Adalah ditegaskan keadaan semasa di seluruh kawasan Subang Jaya adalah tenang, selamat dan terkawal.
"Netizen diminta berhenti daripada menular berkaitan perkara yang tidak benar di dalam media sosial," katanya dalam satu kenyataan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita provokatif palsu yang memanipulasikan isu pemindahan tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, pihaknya telah mengesan penularan berita-berita palsu dalam pelbagai bentuk dan platform.
"Berita palsu itu bukan sahaja membangkitkan kegusaran tahap melampau berhubung situasi keselamatan dalam negara malah mengguris sentimen perkauman masyarakat majmuk di negara ini," katanya.
#Bukit Aman #keselamatan #media sosial #PDRM #polis #rumah #serangan
;