Tiada sebarang program sulit berkaitan 'Projek IC'

Astro Awani
September 19, 2013 07:00 MYT
Tiada sebarang program sulit dilakukan kerajaan berlaku berkaitan projek kad pengenalan yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah pun menjawab mengenai dakwaan tersebut ketika persidangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah.
“Isu dalam RCI itu sudah pun dijawab oleh Tun Dr Mahathir dengan terang dan tiada projek sulit yang kita lakukan. Proses menjadi warganegara adalah proses biasa mengikut undang-undang negara dan ianya dibuat berdasarkan perlembagaan undang-undang negara,” kata Najib.
Oleh itu, menurutnya adanya dakwaan berkenaan program sulit yang dlakukan berkenaan dengan kad pengenalan itu ada dilakukan ianya ternyata tidak benar.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.
#PM Najib #projek ic #sulit
;