Tiada sambutan Hari Kebangsaan berskala besar, ini lima perkara penting sidang media Ismail Sabri

Hilmi Malik
Ogos 27, 2020 15:23 MYT
Lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan pada 27 Ogos. - Foto Astro AWANI
Sambutan Hari Kemerdekaan berskala besar tidak akan diadakan pada tahun ini, menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri.
Ismail Sabri turut mengumumkan mesyuarat khas turut bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat secara pentadbiran di Aman Jaya, Kedah mulai 12.01 tengah malam ini.
Berikut merupakan lima perkara penting yang anda perlu tahu pada sidang media Ismail Sabri, hari ini:
1. PKPD secara pentadbiran akan dilaksana di Aman Jaya, Kedah bermula 28 Ogos.
2. Seramai tiga individu direman manakala 60 lagi dikompaun atas kesalahan ingkar arahan PKP
3. seramai 4,072 PATI, 685 tekong dan 230 penyeludup ditahan menerusi Op Benteng.
4. Tiada sambutan Hari Kebangsaan berskala besar akan diadakan tahun ini.
5. 17,369 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
#Aman Jaya #COVID19 #ingkar PKP #ismail sabri yaakob #Kedah #KKM #Op Benteng #perintah kawalan pergerakan
;