Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden bom landasan kereta api Hat Yai-Padang Besar

Bernama
Disember 3, 2022 23:11 MYT
Letupan bom di landasan tersebut tidak melibatkan kereta api penumpang. - Gambar/ FB Thai Train Guide
KANGAR: Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden bom landasan kereta api di Sadao, Thailand petang tadi.
Exco Kemudahan dan Prasarana, Pengangkutan, Hubungan dan Kerjasama Sempadan, Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam Perlis, Izizam Ibrahim berkata daripada maklumat yang beliau terima, insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kematian atau kecederaan
"Saya juga difahamkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden yang melibatkan kereta api kontena yang membawa komoditi getah," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
BACA: Landasan kereta api Hat Yai- Padang Besar dibom
Beliau berkata letupan bom tersebut tidak melibatkan kereta api penumpang.
Media sebelum ini melaporkan Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, tergendala selepas satu bahagian landasan dibom berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngek di Sadao, Thailand.
-- BERNAMA
#kereta api #padang besar #Hat Yai #bom #rakyat Malaysia
;