Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi di Itali - Wisma Putra

Bernama
Ogos 24, 2016 07:25 MYT
Gempa bumi berkekuatan 6.1 magnitud melanda bahagian tengah Itali pada Rabu. - Foto Reuters
Wisma Putra mengesahkan sehingga kini tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian gempa bumi yang melanda daerah Amatrice dan Accumoli yang terletak di wilayah Umbria, Itali, awal pagi Rabu.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan meneruskan pemantauan dan memberikan maklumat sewajarnya berhubung kejadian gempa berkenaan.
"Kerajaan Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Itali, khususnya kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban," menurut kenyataan itu.
Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter kira-kira 100 kilometer di timur laut Rome, menggegarkan Itali pada 3.37 pagi.
Media antarabangsa melaporkan setakat ini, 73 mangsa terkorban termasuk sepasang warga emas, sementara lebih 20 orang telah dikejarkan ke hospital.
#bencana alam #gegaran susulan #gempa bumi #magnitud 6.2 #Rieti #Rome
;