Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat PIA

Bernama
Disember 7, 2016 23:40 MYT
Menurut laporan media asing, sebuah pesawat berkenaan membawa 48 orang terhempas di lereng gunung di utara Pakistan hari ini.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas membabitkan penerbangan PK-661 Pakistan International Airlines (PIA) di utara Pakistan hari ini, menurut jurucakap Kementerian Luar.
Beliau berkata Kementerian akan terus memantau perkembangan.
"Pada masa ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden itu," kata beliau ketika dihubungi Bernama malam ini.
Menurut laporan media asing, sebuah pesawat berkenaan membawa 48 orang terhempas di lereng gunung di utara Pakistan hari ini.
PIA berkata pesawat tersebut terputus hubungan dengan menara kawalan ketika dalam penerbangan ke ibu negara, Islamabad, dari wilayah utara Chitral.
Syarikat penerbangan itu berkata pesawat tersebut terhempas pada jam 1642 waktu tempatan (1142 GMT) di kawasan Havelian di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, kira-kira 125 km ke utara Islamabad. -- Bernama
#gagal dihubungi #Pesawat Pakistan hilang #Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan
;