Tiada rakyat Malaysia terjejas di Kepulauan Solomon
Khairul Wasiril Aswad
Februari 6, 2013 17:04 MYT
Februari 6, 2013 17:04 MYT
Tiada warga Malaysia yang dilaporkan terjejas setakat ini berikutan gempa bumi dan Tsunami yang membadai Kepulauan Solomon.
Menurut jurucakap Wisma Putra, kebanyakkan rakyat Malaysia yang berada di kepulaun itu telah beralih ke tempat yang lebih tinggi sebagai langkah berwaspada setelah menerima amaran awal tentang bencana itu.
"Sehingga kini tiada warganegara Malaysia dilaporkan terjejas berikutan bencana yang membadai Kepulauan Solomon, " kata jurucakap ketika dihubungi Astro Awani.
Jurucakap itu menambah Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Papua New Guinea, akan terus mendapatkan maklumat berkenaan rakyat Malaysia yang masih berada di Kepulauan Solomon walaupun amaran Tsunami telah ditarik balik pada jam 1.45 petang (waktu tempatan).