Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas di Sinai
Astro Awani
November 1, 2015 20:20 MYT
November 1, 2015 20:20 MYT
Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah mengesahkan bahawa sehingga kini, tiada rakyat negara ini yang terbabit dalam nahas pesawat Kogalymavia KGL9268 di Sinai, Mesir, pada Sabtu.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini juga akan terus memantau perkembangan terkini mengenai nahas terbabit.
Malaysia turut berduka cita dengan nahas udara terbaru itu, dan menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Rusia terutamanya keluarga mangsa yang terkorban.
Orang awam yang mahu bertanya lanjut berhubung perkembangan terbaru boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah di talian 00 202 37610013 atau pegawai bertugas Kementerian Luar Negeri di talian 03-88874570 dan 03-88874770.
Ia terhempas 20 minit sesudah berlepas dari pusat peranginan terkenal di Laut Merah menuju ke St Petersburg.
BACA: Kotak hitam ditemui