Tiada rakyat akan diabaikan dalam menuju status negara maju - Najib

Bernama
Disember 24, 2015 21:35 MYT
Najib berkata rakyat Malaysia beruntung dan bertuah menjadi sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang hidup bersama-sama secara aman dan harmoni. - Gambar Fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata tiada rakyat Malaysia akan ditinggalkan di belakang tatkala negara pesat membangun dalam perjalanan menuju menjadi sebuah negara maju.
"Dan kami kekal teguh dalam mendukung kebebasan beragama seperti termaktub dalam perlembagaan kita," katanya dalam catatan terbaru dalam blog beliau www.najibrazak.com.
Najib juga berkata rakyat Malaysia beruntung dan bertuah menjadi sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang hidup bersama-sama secara aman dan harmoni.
"Mari kita meraikan musim perayaan ini dan menyambut Tahun Baharu dengan azam baharu dan menjadikan sebagai misi peribadi kita untuk memikul tanggungjawab dalam membawa Malaysia ke puncak kejayaan," katanya.
Perdana Menteri mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Krismas' kepada rakyat Malaysia beragama kristian dan "Selamat Menyambut Tahun Baharu' kepada semua rakyat Malaysia.
"Kita memang menanti-nantikan kedatangan tahun baharu, walaupun wujud ketidaktentuan di peringkat global," katanya.
#Krismas #Najib Razak #natal #perpaduan
;