Tiada perubahan status PKPB dan PKPP, ini 5 tumpuan sidang media Ismail Sabri

Madiha Abdullah
Mac 30, 2021 19:32 MYT
Ini tumpuan sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambaf fail/ Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) masing-masing di enam serta 10 negeri dan wilayah persekutuan, tidak berubah.
Berikut adalah tumpuan sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
1. Aktiviti rentas negeri hanya dibenarkan antara negeri PKPP menerusi green travel bubble menggunakan ejen pelancongan berdaftar dengan MOTAC.
2. Status PKPB dan PKPP yang diperbaharui ini akan bermula 1 hingga 14 April, kecuali Sarawak yang akan bermula hari ini sehingga 12 April.
3. Hanya pembantu rumah yang mempunyai visa dan permit kerja yang sah dibenarkan kembali ke Malaysia.
4. Kehadiran pekerja sektor swasta bagi kumpulan pengurusan dan operasi atau sokongan di kawasan PKPB dibenarkan pada tahap 100 peratus, berkuat kuasa 1 April 2021.
5. Kehadiran bekerja pekerja perkhidmatan awam adalah berdasarkan kepada pekeliling atau arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
#ismail sabri yaakob #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKPP #perintah kawalan pergerakan bersyarat #PKPB #rentas negeri #pelancongan #pembantu rumah
;