Tiada perubahan dalam 20 anggota CEC DAP

Aizat Sharif
September 29, 2013 21:32 MYT
Tiada perubahan di dalam keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP. Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari telah memperbaiki kedudukannya ke tempat ke-12 dengan 1,132 undi.
Menurut Roketkini.com, berikut adalah keputusan 20 tempat teratas dalam keputusan Pemilihan Semula CEC Kongres Khas DAP 2013.
1. LIEW CHIN TONG – 1438
2. LIM KIT SIANG – 1436
3. KARPAL SINGH – 1421
4. GOBIND SINGH DEO – 1409
5. LIM GUAN ENG – 1304
6. CHONG CHIENG JEN – 1294
7. LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) – 1263
8. CHOW KON YEOW – 1203
9. FONG KUI LUN – 1193
10. TENG CHANG KHIM – 1164
11. PUA KIAM WEE (TONY) – 1158
12. ZAIRIL KHIR JOHARI – 1132
13. KOK SUH SIM (TERESA) – 1127
14. CHONG ENG – 1111
15. M. KULA – 1088
16. TAN KOK WAI – 1088
17. TEO NIE CHING 1081
18. BOO CHENG HAU 961
19. NGA KOR MING 956
20. NGEH KOO HAM 809
Sebelum itu, pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berharap agar pemimpin-pemimpin senior parti tersebut termasuk beliau dapat diberi peluang mentadbir negara andainya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum yang akan datang.
"Para pemimpin yang ada sekarang semakin hari semakin tua dan oleh itu, kita (Pakatan Rakyat) mesti memenangi pilihan raya yang akan datang agar kami dapat bersama-sama mentadbir negara sebelum kami bersara. Kami yang saya maksudkan disini ialah pimpinan senior parti termasuklah Lim Kit Siang," kata Karpal.
Selain itu, beliau turut memberi amaran kepada ROS agar tidak menyalahgunakan kuasa mereka dalam mempermainkan pemilihan Parti DAP seperti yang terjadi pada tahun lalu.
"Ini adalah amaran terakhir kepada ROS dan sekiranya mereka didapati melanggar undang-undang, kita akan membawa mereka ke mahkamah. Jangan main-main dengan Parti DAP," kata beliau lagi.
Amaran yang sama juga turut ditujukan kepada ahli-ahli parti yang didapati mengkhianati parti dan menggesa ahli-ahli yang bertindak seperti 'duri dalam daging' agar dipecat.
Sehingga kini, pengiraan undi terhadap pemilihan tersebut sedang giat dijalankan dan anggota perwakilan dijangka hadir semula ke dewan tempat perhimpunan itu berlangsung pada pukul 6 petang.
Seramai 2,576 perwakilan dari 985 cawangan Parti Tindakan Demokratik (DAP) melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih semula 20 anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada Ahad.
Pemilihan semula yang terpaksa diadakan di sebuah hotel di Bandar Utama itu dilakukan setelah pertikaian dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap pemilihan yang dijalankan pada tahun lalu yang didapati tidak sah.
Tinjauan Astro AWANI terhadap proses tersebut menerusi perkembangan Twitter DAP Malaysia, Ahli Parlimen Ipoh Utara, Thomas Su dan beberapa lagi ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) yang lain mendapati kehadiran ahli DAP agak ramai apabila 85 peratus tiba untuk pemilihan semula yang bermula sekitar jam 10 pagi.

RT "@roketkini: "Kehadiran 85% perwakilan ke Kongres Khas DAP menunjukkan kepada ROS bahawa DAP ialah parti yang kuat' - Karpal #KongresDAP"

— Thomas Su (@thomas_su) September 29, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Setakat 9.30am, 1306 wakil hadir di #Kongresdap. Ahli JTP mengambil tempat di pentas skrg.

— DAP Malaysia (@dapmalaysia) September 29, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum pemilihan dilakukan ahli DAP juga diminta bertafakur sejenak mengenang pemergian rakan dalam Pakatan Rakyat yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Allhayarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia pada Selasa lalu.

Sidang Kongres bertafakur sejenak, sebagai tanda takziah di atas pemergian Ust Azizan Razak, bekas MB Kedah. #KongresDAP

— Roketkini (@roketkini) September 29, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#CEC #DAP #pemilihan DAP
;