Tiada persetujuan menimbang tara dalam pertikaian Malaysia dengan waris Sultan Sulu - Tommy Thomas

Raja Hisyam Raja Zaid
Ogos 1, 2022 16:24 MYT
Tawaran Malaysia untuk membayar tunggakan berjumlah RM48,230, termasuk faedah sebagai pampasan kepada pihak yang menuntut berdasarkan Geran Pajakan 1878. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berkata bahawa tiada persetujuan untuk menimbang tara dalam pertikaian Malaysia dengan waris Sultan Sulu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM66.8 bilion.
The Star melaporkan, ia termaktub sepertimana di bawah bidaan undang-undang oleh waris untuk mendapatkan pampasan bagi tanah Sabah yang mereka katakan nenek moyang mereka pajakkan kepada sebuah syarikat perdagangan British pada tahun 1878, seperti yang didokumenkan dalam Geran Pajakan 1878.
"(Oleh itu,) itu (tiada perjanjian untuk timbang tara) sepatutnya menjadi penamat (dalam pertikaian Malaysia dengan waris Almarhum Sultan Sulu)," kata Thomas kepada media pada Isnin.
Sebelum ini Thomas menegaskan pendiriannya tidak berubah berhubung keputusannya pada 2019 untuk menulis surat kepada peguam yang mewakili waris Sultan Jamalul Kiram II untuk menawarkan tunggakan kepada pihak yang menuntut.
“Ia tidak berubah, kerana pada pendapat saya Malaysia sentiasa mempunyai kewajipan undang-undang sejak 1963 untuk membayar (tunggakan kepada waris Sultan Sulu di bawah Pemberian Pajakan 1878),” kata Thomas lagi.
Jelasnya, surat tersebut ditulis olehnya pada 2019 kepada peguam yang mewakili pihak menuntut untuk memaklumkan tawaran Malaysia untuk membayar tunggakan berjumlah RM48,230, termasuk faedah sebagai pampasan kepada pihak yang menuntut berdasarkan Geran Pajakan 1878.
#British #Malaysia #Sulu #Peguam Negara
;