Tiada permohonan rasmi dari Lynas berhubung tapak pelupusan kekal

Fareez Azman
Ogos 19, 2019 21:58 MYT
Bee Yin (kanan) sidang media Majlis Pelancaran Pemasangan Lampu Jalan Kampung di Kampung Rincing Hilir, Semenyih pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Fareez Azman
Menteri Tenaga,Sains,Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin menjelaskan pihaknya belum menerima sebarang permohonan rasmi mengenai lokasi tapak pelupusan kekal (PDF) bagi residu 'water leach purification' (WLP) dari kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas).
“Kamu (media) patut tanya Menteri Besar Pahang. Setakat ini tiada permohonan rasmi berhubung perkara itu,” ujar Bee Yin kepada pemberita.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Pelancaran Pemasangan Lampu Jalan Kampung di Kampung Rincing Hilir, Semenyih pada Isnin.
Terdahulu, Datuk Seri Wan Rosdy menegaskan bahawa tiada permohonan rasmi dikemukan oleh Lynas berhubung PDF.
Malah pihaknya tidak pernah berbincang dengan Lynas berhubung isu itu yang merupakan sebahagian daripada syarat pelanjutan lesen operasi kilang berkenaan.
#Lynas #lynas malaysia #nadir bumi #PDF #tapak pelupusan kekal #water leach purification #WLP #Yeo Bee Yin
;