PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan pihak Rusia berkaitan penerbangan terus antara kedua-dua negara oleh syarikat penerbangan Rusia, Aeroflot selain eksport semikonduktor dan elektronik ke negara itu.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata sebagai sebuah negara yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa, Malaysia terbuka kepada mana-mana syarikat penerbangan untuk beroperasi di negara ini.
Pada masa sama eksport semikonduktor dan elektronik juga tidak melibatkan sebarang perbincangan atau hubungan antara kerajaan kedua-dua negara dan sebaliknya ia lebih kepada hubungan sektor perniagaan.
"Saya nak jelaskan ini kerana bimbang nanti ada mana-mana pihak yang salah faham dan kepentingan Malaysia mungkin terjejas," katanya kepada media dalam satu temu bual di pejabatnya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menyangkal laporan Agensi Berita Sputnik pada penghujung April yang memetik Duta Malaysia ke Rusia Datuk Bala Chandran Tharman sebagai berkata Aeroflot akan mengadakan penerbangan terus antara St.Petersburg atau Moscow dan Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Dalam laporan itu, Bala Chandran juga dipetik berkata Malaysia akan mempertimbang peluang untuk menjual semikonduktor dan elektronik kepada Rusia selain institusi kewangan Malaysia sedang mengkaji sistem pemesejan kewangan Rusia dengan terperinci dan bersedia menyertainya jika memenuhi beberapa kriteria.
Saifuddin berkata pihaknya juga telah meneliti laporan berita itu dan mendapatkan maklum balas daripada Bala Chandran dan didapati ada perkara-perkara yang disebut dalam temu bual itu telah dipetik di luar konteks.
Berikutan laporan Sputnik itu, beberapa media asing melaporkan yang tindakan Malaysia itu membelakangkan sekatan ekonomi antarabangsa terhadap Rusia kerana konfliknya dengan Ukraine.
Sekatan yang dikenakan oleh negara-negara Barat khasnya turut melarang eksport semikonduktor ke Rusia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022

Saifuddin berkata sebagai sebuah negara yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa, Malaysia terbuka kepada mana-mana syarikat penerbangan untuk beroperasi di negara ini. - Foto BERNAMA

Usahawan Digital TM perkasa lebih 2,000 usahawan B40
Purata RM5,000 bagi setiap usahawan disampaikan dalam bentuk peranti, penyelesaian digital dan sumber latihan.

Unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik kepada 4.5 peratus pada 2025, 4.0 peratus pada 2026 - IMF
Menurut IMF, unjuran pada 2025 adalah 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran rujukan dalam WEO April 2025.
Naskhah terjemahan mampu tampung karya agung dunia
Sejarawan dan penterjemah Rusia, Dr. Victor Pogadaev melihat usaha menerbitkan naskhah terjemahan dalam sebarang bahasa sastera, tanpa terkecuali bahasa Melayu mampu menjadikan bahasa berkenaan menampung karya agung dunia.
Lebih ramai warga Rusia minat Bahasa Melayu
Ratusan warga Rusia yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia semakin meminati Bahasa Melayu didorong kejayaan beberapa acara yang dianjurkan oleh Rumah Rusia di Jalan Ampang.
Isu tribunal hak asasi, TMM 2026 dan tenaga nuklear tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat hari ini fokus kepada status tribunal hak asasi, promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, dan kesiapsiagaan negara meneroka tenaga nuklear.
IMF naikkan unjuran pertumbuhan global & AS bagi 2025, 2026
IMF jangka pertumbuhan ekonomi global lebih tinggi hingga 2026, dipacu rangsangan fiskal dan tarif lebih rendah. AS diramal terus berkembang meski tekanan inflasi kekal.

19 terbunuh dalam serangan udara Rusia ke atas penjara, hospital di Ukraine
Serangan turut mengorbankan seorang wanita hamil berusia 23 tahun dan dua individu lain.
Guru Besar maut, warga emas dihempap pokok di Bera
Dua kematian dilaporkan di Bera — seorang guru besar maut dalam kemalangan jalan raya, manakala warga emas dihempap pokok ketika menunggang motosikal.
KPDN peruntuk RM3.3 juta di Pos Brooke & Kuala Betis untuk penyelarasan harga
Masalah harga barangan keperluan asas yang tinggi di kawasan perkampungan orang asli diberi perhatian apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan lebih RM3.3 juta bagi program pengedaran barang perlu di dua kawasan masyarakat orang asli di Pos Brooke dan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan
Korban genosid Gaza cecah 60,000, serangan Israel berterusan
Lebih 60,000 rakyat Palestin terkorban sejak serangan Israel bermula Oktober 2023. Angka korban terus meningkat meskipun usaha bantuan dan gencatan senjata gagal dilaksana.

Semikonduktor: Malaysia perkukuh kedudukan, sasar jadi ‘The Indispensable Middle’
Setahun selepas pelancaran NSS, Malaysia telah berjaya menarik lebih RM63 bilion pelaburan, termasuk RM5 bilion pelaburan domestik dan RM58 bilion pelaburan asing.

Eksport semikonduktor Malaysia berdaya tahan, naik 15.7 peratus pada separuh pertama 2025 - Tengku Zafrul
Industri semikonduktor menjana hasil ekonomi sebanyak RM4.9 trilion pada tahun lepas, menggariskan peranannya sebagai pemangkin nasional.

Malaysia komited majukan kerangka rantaian bekalan semikonduktor ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia, menerusi platform seperti Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN (ASEMIS) 2025 komited untuk memajukan Rangka Kerja ASEAN bagi Rantaian Bekalan Semikonduktor Bersepadu.

Malaysia sasar jadi hab pembungkusan canggih semikonduktor - TPM Fadillah
Dana padanan semikonduktor itu dijangka memodenkan OSAT ke arah pembungkusan canggih selaras dengan visi Strategi Semikonduktor Nasional.

Permit dagangan cip AI bukti komitmen patuh, kredibiliti Malaysia - Presiden MSIA
Wong berkata langkah itu juga memberi isyarat jelas mengenai keseriusan Malaysia dalam mematuhi penetapan perdagangan antarabangsa.

PM Anwar pelawa UK tambah pelaburan terutama dalam semikonduktor, infrastruktur hijau
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan lebih banyak pelaburan dari United Kingdom (UK) khususnya dalam sektor semikonduktor dan infrastruktur hijau.

Sedia hadapi impak tarif AS, Pulau Pinang minta kerajaan teruskan rundingan - Chow
Tarif itu dijangka memberi impak ke atas ekonomi negeri yang berorientasikan eksport serta banyak terlibat dengan rantaian nilai global.

Kenapa tekanan global paksa syarikat nilai semula pengambilan pekerja
Syarikat sedang menyusun semula operasi bagi menyesuaikan dengan perubahan landskap geopolitik, kemajuan teknologi dan sasaran iklim.
![[KOLUMNIS] Malaysia - Bangkitnya sebuah negara yang tidak lagi mahu ketinggalan [KOLUMNIS] Malaysia - Bangkitnya sebuah negara yang tidak lagi mahu ketinggalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661909066_HariKebangsaan.jpg)
[KOLUMNIS] Malaysia - Bangkitnya sebuah negara yang tidak lagi mahu ketinggalan
Daripada kedudukan ke-34 pada tahun lalu, Malaysia kini melonjak kepada tangga ke-23 yang dinilai oleh WCR 2025.

Malaysia perlu bersedia dengan potensi tarif baharu AS
Kebimbangan sebenar terletak pada tarif sektoral yang akan datang, yang mampu mengurangkan permintaan AS ke atas eksport Malaysia.