Tiada pengesahan dakwaan empat lagi rakyat Malaysia diculik - KPN

Astro Awani
Jun 16, 2016 16:08 MYT
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina mengenai perkara itu. - Gambar fail
Dakwaan bahawa empat lagi rakyat Malaysia yang kononnya diculik di perairan Sulu pagi tadi masih belum dapat disahkan lagi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina mengenai perkara itu.
Beliau berkata demikian dalam catatan Twitter terbaharunya pada Khamis.

Berita 4 Warga Msia di colek di perairan Sulu hari ini, setakat ini tidak dapat disahkan. @PDRMsia sedang tunggu pengesahan dr Filipina.

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) June 16, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut sebuah laporan berita Filipina ABS-CBN, sekumpulan suspek bersenjata telah menculik empat warga Malaysia dari sebuah kapal di perairan pantai timur Sabah.
Kawasan tersebut dipercayai tempat operasi kumpulan militan Abu Sayyaf.
BACA: Empat rakyat Malaysia diculik di perairan Sabah dibebaskan
BACA: Empat rakyat Malaysia dibebaskan penculik dibawa ke Kota Kinabalu
BACA: Bekas mangsa culik Abu Sayyaf dijadual pulang ke Sarawak pagi esok - Polis
Laporan mengenai penculikan terbaharu ini timbul seminggu selepas pembebasan empat mangsa culik dari Sarawak yang ditawan lebih dua bulan oleh kumpulan militan tersebut.
#Abu Sayyaf #Filipina #Khalid Abu Bakar #militan #penculikan #polis #Sabah
;