Tiada pengambilan anggota bomba bantuan baharu - JBPM Terengganu

Astro Awani
Mac 17, 2021 12:01 MYT
Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran pengambilan berkenaan.
KUALA TERENGGANU: Tiada pengambilan anggota bomba bantuan yang baharu dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu seperti yang ditularkan di laman sosial.
Pengarah JBPM Terengganu Md Hilman Abd Rashid menafikan berhubung pengambilan baharu itu seperti yang bertebaran di media sosial.
Katanya, iklan pengambilan itu adalah palsu dan ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Setakat ini JBPM Terengganu tidak membuat sebarang pengambilan anggota bomba bantuan dan apa yang ditularkan melalui media sosial adalah palsu," katanya ketika dihubungi.
Beliau turut mengingatkan orang ramai tidak terpedaya dengan tawaran pengambilan berkenaan.
Justeru Md Hilman meminta semua pihak tidak menyebarkan lagi maklumat palsu berkenaan yang boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai.
#bomba #JBPM Terengganu #pengambilan anggota #media sosial #Tular #Md Hilman Abd Rashid
;