PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan tiada pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di Negeri Sembilan buat masa ini seperti yang ditularkan menerusi video di TikTok.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli sebaliknya berkata video yang tular itu adalah berkaitan dengan Program Eradikasi Malaria dan tiada kaitan dengan Program Kawalan Denggi menggunakan nyamuk Aedes berWolbachia.
"Merujuk kepada video tular yang dikongsikan di media sosial TikTok mengenai pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di Negeri Sembilan, KKM berterima kasih kepada pemilik akaun tersebut kerana prihatin dengan situasi semasa denggi di Malaysia.
"Pihak KKM juga ingin menarik perhatian masyarakat kepada peranan komuniti dalam pencegahan denggi iaitu penjagaan kebersihan persekitaran di kawasan kediaman dan kejiranan, penghapusan tempat pembiakan nyamuk Aedes dan penggunaan semburan aerosol dalam premis serta penggunaan alat pelindung diri (PPE) di luar premis seperti bahan penghalau nyamuk," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi membetulkan beberapa kenyataan tidak tepat dalam video berkenaan.
Selain itu, beliau turut membetulkan fakta mengenai nyamuk Aedes yang didakwa hanya menghisap darah untuk hidup.
Menurutnya nyamuk Aedes betina memerlukan darah untuk perkembangan telur, namun kedua-dua nyamuk Aedes jantan dan betina memerlukan cecair manisan (nektar) pada tumbuhan untuk kelangsungan hidup.
Dr Norhayati juga menjelaskan mengenai Wolbachia yang merupakan sejenis bakteria dijumpai secara semula jadi dalam 60 hingga 70 peratus serangga di alam sekitar dan bakteria Wolbachia yang disuntik ke dalam nyamuk Aedes aegypti boleh merencat replikasi virus denggi, seterusnya menghalang penularan virus tersebut kepada manusia.
Beliau berkata nyamuk Aedes berWolbachia tidak memberi kesan sampingan kepada nyamuk atau persekitaran dan tidak diubah suai secara genetik.
Katanya hasil penyelidikan di Malaysia dari 2017 hingga 2019 menunjukkan penurunan kes denggi di lokaliti pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia antara 50 dan 80 peratus berbanding lokaliti tanpa pelepasan nyamuk berkenaan.
"Operasi Pelepasan Nyamuk Aedes berWolbachia di Malaysia telah dilancarkan pada 2019 sebagai strategi tambahan bagi menangani peningkatan kes dan wabak denggi di lokaliti yang melaporkan kes yang tinggi.
"Kaedah ini juga telah dilaksanakan di Australia, Indonesia dan Brazil yang menunjukkan penurunan kes antara 70 dan 76 peratus di lokaliti pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia. Di Malaysia, sehingga kini operasi ini telah dilaksanakan di tujuh negeri melibatkan 28 lokaliti," katanya.
Beliau berkata setelah dua tahun pelaksanaan operasi pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia, 16 daripada 19 lokaliti pelepasan (84.2 peratus) (kohort 1 dan kohort 2) menunjukkan trend penurunan kes demam denggi antara 33 dan 100 peratus.
Katanya satu daripada baki tiga lokaliti telah menunjukkan kekal tiada kes denggi, manakala dua lokaliti lagi menunjukkan tiada peningkatan kes denggi dengan bilangan kes yang dilaporkan juga rendah.
Dr Norhayati turut menasihatkan orang ramai agar mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan Operasi Pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di Malaysia menerusi laman sesawang www.infosihat.gov.my atau menghubungi hotline KKM di talian 03-88833231 dari Isnin hingga Jumaat bermula 8 pagi hingga 5 petang.
Orang ramai juga boleh melayari pautan laman sesawang iDengue di http://idengue.mysa.gov.my/. bagi mendapatkan maklumat terkini denggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023
Hasil penyelidikan di Malaysia menunjukkan penurunan kes denggi di lokaliti pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia antara 50 dan 80 peratus berbanding lokaliti tanpa pelepasan nyamuk berkenaan. - Gambar fail
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tular isu buli: PIBG MCKK buat laporan polis, mahu ambil tindakan undang-undang
PIBG MCKK membuat laporan polis terhadap tiga pemilik akaun media sosial berhubung kenyataan berunsur fitnah yang dimuat naik di laman sosial.
Foodpanda ambil maklum dakwaan seorang penghantar makanan dizalimi
Foodpanda telah dimaklumkan mengenai dakwaan itu dan akan menghubungi penunggang tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Reaksi 'geram' Raja Charles III undang perhatian di media sosial
Detik itu dirakam ketika upacara pertabalan Raja Charles III di Istana St. James di sini, pada Sabtu lalu.
Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer
Jelas Uncle Kentang, beliau akan membuat tabung pendanaan awam (crowdfunding) untuk membeli komputer buat pelajar berkenaan.
Pemandu lawan arus di Bulatan Cheras dipenjara enam bulan, denda RM8,000
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara enam bulan serta denda RM8,000 selepas didapati memandu secara melawan arus di Bulatan Cheras, Kuala Lumpur pada 13 Disember lalu.
Lagi kenyataan media palsu, Presiden UMNO pula didakwa letak jawatan
Surat yang menggunakan logo UMNO selain tertera nama Setiausaha Agung itu mendakwa Zahid Hamidi letak jawatan sebagai Presiden parti.
Kenyataan media Muhyiddin buat keputusan letak jawatan adalah palsu - Pegawai PMO
"Semua kenyataan (akan) dikeluarkan di Facebook (rasmi Muhyidin Yassin), jika tiada boleh anggap palsu."
"Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu tunggal M40
Kisah ibu tunggal lima anak, Suzanne Anton, 45, membuka mata semua pihak bahawa pandemik turut memberi kesan kepada golongan M40.
Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO
UMNO menafikan surat berhubung pelucutan keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tular di media sosial pada Jumaat.
Gambar cetus kontroversi: Nadira Isaac minta maaf kepada PU Amin, warga maya
Personaliti media sosial, Nadira Isaac tampil mohon maaf kepada Pencetus Ummah (PU) Amin dan warga maya susulan perkongsian gambar yang tular baru-baru ini.