"Tiada menteri baharu, hanya pertukaran portfolio" - Tun M ulas spekulasi rombakan Kabinet
Bernama
Ogos 22, 2019 18:03 MYT
Ogos 22, 2019 18:03 MYT
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau ada menyatakan kepada Kabinet tentang cadangan untuk melakukan sedikit pertukaran portfolio di kalangan anggotanya.
Menafikan laporan akan berlakunya rombakan Kabinet pada bila-bila masa, Dr Mahathir berkata, beliau ada memikirkan untuk melakukan pertukaran portfolio cuma belum berbuat demikian.
"Belum lagi lah, kalau ada saya bagi tahu," katanya dalam sidang media selepas majlis perjumpaan pegawai-pegawai kerajaan bersama Perdana Menteri sesi kedua 2019, di sini hari ini.
Ditanya sama ada Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed akan dibawa menyertai Kabinet, Dr Mahathir berkata : "Tiada menteri baharu."
BACA: Sekurang-kurangnya tiga portfolio akan disusun semula - Sumber
#Mahathir Mohamad
#Mustapa Mohamed
#Perdana Menteri
#pertukaran portfolio
#rombakan kabinet
#Tiada menteri baharu