Tiada masalah wartawan asing buat liputan PRU13
Astro Awani
Februari 28, 2013 07:04 MYT
Februari 28, 2013 07:04 MYT
Tiada halangan bagi wartawan asing untuk membuat liputan Pilihan Raya Umum ke-13 selagi mereka bersikap telus.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berkata, kerajaan tidak akan melayan bagi mereka yang mempunyai kepentingan politik dan agenda tertentu.
Katanya, bagi memasuki dan membuat liputan berkenaan, wartawan tidak perlu mempunyai visa khas.
Bagaimanapun jika didapati melanggar undang-undang negara mereka akan diusir.
Setakat ini, kerajaan tidak menerima mana-mana permohonan daripada wartawan asing kerana kebanyakan agensi berita luar mempunyai wakil di Malaysia.
Mengulas mengenai bentuk liputan yang dibuat, ia bergantung kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukan kandungan berita.
Rais berkata selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Dewan Undangan Negeri Lui peringkat parlimen Jelebu di padang Felda Lui Muda.