'Tiada maaf bagimu' - Rafidah Aziz jawab tuduhan jual AP
Fareez Azman
April 1, 2019 19:18 MYT
April 1, 2019 19:18 MYT
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menegaskan beliau tidak akan memaafkan individu yang memfitnahnya menjual Permit Import Kenderaan (AP) ketika memegang jawatan itu dahulu.
Sebaliknya, beliau telah menarik balik lebih 100 permit pengeluar AP apabila disalahgunakan pihak tertentu.
"Orang yang cakap ini, kalau tidak datang minta maaf, saya tidak akan maafkan dia.
"Nak dapat AP ini punya seksa, kena tahu kriteria, diapprove kerajaan. Saya dah hentikan AP berpuluh tahun, tiada lagi yang hidup. Itu semua zaman Tengku Razaleigh.
"Kita dah pergi check buat audit, dia ada kedai showroom dan macam-macam. Jika akaun dia okay, ada showroom.
"Sejak saya menjadi menteri MITI, saya tarik lebih 100 pemegang permit. Itu agaknya orang UMNO benci saya."
Jelasnya, tindakan berkenaan membuatkan sesetengah pihak marah kepadanya.
Namun, ia tidak mematahkan semangat untuk terus tegas dalam menjalankan tugas sebagai menteri dan amanah terhadap mandat yang diberikan rakyat.
"Orang suruh jual kereta, dia jual AP. Saya tarik diam-diam. Lepas itu mana yang berjalan, kita check setiap tahun," kata Rafidah.
Beliau berkata demikian dalam Program Bicara Minda anjuran Sinar Harian pada Isnin.
#AP
#Bicara Minda
#menteri
#Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#MITI
#permit
#Permit Import Kenderaan
#Rafidah Aziz
#Tiada Maaf
#UMNO