Tiada lokaliti dilaksana atau dilanjut PKPD pada 17 Okt - MKN
Astro Awani
Oktober 17, 2021 22:14 MYT
Oktober 17, 2021 22:14 MYT
KUALA LUMPUR: Tiada mana-mana lokaliti yang dilaksanakan, dilanjutkan atau ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 17 Oktober.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan perkara berkenaan dalam kenyataan media harian mengenai PKPD.
Ia merupakan buat pertama kali tiada mana-mana lokaliti yang dilaksanakan atau dilanjutkan PKPD sejak tahun lalu.
Kali terakhir terdapat lokaliti yang dilaksanakan PKPD ialah pada 11 Oktober lalu di Pahang manakala kali terakhir terdapat lokaliti yang dilanjutkan PKPD pada 8 Oktober lalu, juga di Pahang.
Pada Sabtu terdapat tiga lokaliti dan Pahang dan Sabah yang ditamatkan PKPD.