Tiada lokaliti baharu PKPD - MKN

Astro Awani
November 6, 2021 22:20 MYT
Tiada sebarang lokaliti baharu dalam negara dikenakan PKPD. - Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada lokaliti baharu di negara ini yang bakal dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) esok atau Isnin.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, memaklumkannya dalam satu kenyataan ringkas di sini, hari ini.
"Tiada PKPD, tiada pelanjutan PKPD dan tiada penamatan PKPD," katanya.
#PKPD #MKN #lokaliti baharu #Rodzi Md Saad