Tiada lokaliti baharu PKPD hari ini - MKN

Astro Awani
Disember 19, 2021 12:23 MYT
Tiada sebarang lokaliti dalam negara dikenakan PKPD. - Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan, dilanjutkan atau ditamatkan diumumkan oleh kerajaan, hari ini.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, memaklumkan tiada sebarang lokaliti dalam negara dikenakan PKPD.
"Tiada PKPD, tiada pelanjutan PKPD dan tiada penamatan PKPD, hari ini," katanya dalam satu kenyataan.
#PKPD #perintah kawalan pergerakan #MKN