Tiada lokaliti baharu PKPD hari ini
Astro Awani
Disember 7, 2021 21:45 MYT
Disember 7, 2021 21:45 MYT
KUALA LUMPUR: Tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan, dilanjutkan atau ditamatkan di mana-mana lokaliti diumumkan, hari ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, memaklumkan tiada sebarang lokaliti di negara dikenakan PKPD.
"Tiada PKPD, tiada pelanjutan PKPD dan tiada penamatan PKPD," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.