Tiada lokaliti baharu PKPD diumumkan hari ini

Astro Awani
Oktober 31, 2021 21:08 MYT
Tiada sebarang lokaliti di negara dikenakan PKPD, hari ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sekali lagi, tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan, dilanjutkan atau ditamatkan diumumkan oleh kerajaan.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, memaklumkan tiada sebarang lokaliti di negara dikenakan PKPD, hari ini.
"Tiada PKPD, tiada pelanjutan PKPD dan tiada penamatan PKPD," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan #PKPD #Majlis Keselamatan Negara #MKN
;