Tiada lokaliti baharu PKPD diumumkan hari ini

Nickyson Nyambar
Oktober 29, 2021 20:46 MYT
Tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan, dilanjutkan atau ditamatkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan, dilanjutkan atau ditamatkan diumumkan oleh kerajaan, hari ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, memaklumkan tiada sebarang lokaliti di negara dikenakan PKPD.
"Tiada PKPD, tiada pelanjutan PKPD dan tiada penamatan PKPD," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sumber Facebook MKNJPM
#PKPD #MKN #Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara #Datuk Rodzi Md Saad #Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
;