Tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD - MKN

Astro Awani
Januari 3, 2022 22:12 MYT
Tiada sebarang lokaliti di negara dikenakan PKPD. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan, dilanjutkan atau ditamatkan diumumkan oleh kerajaan, hari ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, memaklumkan tiada sebarang lokaliti di negara dikenakan PKPD.
"Tiada PKPD, tiada pelanjutan PKPD dan tiada penamatan PKPD," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
#PKPD #perintah kawalan pergerakan #Majlis Keselamatan Negara
;