Tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD - MKN
Astro Awani
November 27, 2021 22:10 MYT
November 27, 2021 22:10 MYT
KUALA LUMPUR: Tiada lokaliti baharu di negara ini yang diumum dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan ringkas di sini, hari ini.
Beliau juga memaklumkan tiada lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD.
"Tiada PKPD, tiada pelanjutan PKPD dan tiada penamatan PKPD," katanya.