Tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD - MKN
Eton Khir
November 21, 2021 17:41 MYT
November 21, 2021 17:41 MYT
KUALA LUMPUR: Tiada lokaliti baharu di negara ini yang bakal dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan ringkas di sini, hari ini.
"Tiada PKPD, tiada pelanjutan PKPD dan tiada penamatan PKPD," katanya.