Tiada lokaliti baharu dikena PKPD - MKN
Astro Awani
Disember 25, 2021 21:59 MYT
Disember 25, 2021 21:59 MYT
KUALA LUMPUR: Tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan, dilanjutkan atau ditamatkan diumumkan oleh kerajaan, hari ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, memaklumkan tiada sebarang lokaliti di negara dikenakan PKPD.
"Tiada PKPD, tiada pelanjutan PKPD dan tiada penamatan PKPD," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.