Tiada lagi rumah usang, penjual kuih dan keluarga dapat tempat tinggal baharu
Astro Awani
November 25, 2020 19:44 MYT
November 25, 2020 19:44 MYT
KUCHING: Mendiami rumah yang hampir roboh, dinding berlubang dan penuh kulat selain atap bocor bukan impian setiap keluarga.
Sudah pasti, sebuah keluarga itu mahukan tempat tinggal yang selesa, bersih dan selamat.
Semua ini dialami Julaihi Zaini, 64 tahun dan keluarganya yang telah puluhan tahun tinggal di rumah yang serba kedaifan di Kampung Rampangi Fasa 1, Kuching.
Nasib yang menimpa Julaihi yang bekerja sebagai penjual kuih itu dapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.
Kini semua tinggal kenangan dan Julaihi boleh menarik nafas lega apabila menerima sebuah rumah selasa dan selamat.
"Tiada apa yang dapat diungkapkan. Sangat gembira bila menerima rumah macam ini. Lebih-lebih lagi mereka buat rumah ini pada waktu COVID-19 dan saya kagum boleh siap dalam masa sebulan," kata Julaihi ketika ditemui Astro AWANI.
Julaihi antara penerima yang layak bagi Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS).
Untuk rekod, sebanyak 110 buah rumah telah disiapkan di bawah program sama dalam tempoh dua tahun.
Sementara itu, bagi Dr Abdul Rahman, ia merupakan salah satu inisiatif di bawah Pusat Khidmat DUN Pantai Damai menerusi dana yang diperuntukkan.
#Kampung Rampangi Fasa 1
#Penduduk dapat rumah
#rumah baharu
#Julaihi Zaini
#Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi
#ADUN Pantai Damai