Tiada lagi pengumuman di KLIA, KLIA2
Madiha Abdullah
November 30, 2018 21:30 MYT
November 30, 2018 21:30 MYT
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dan KLIA2 akan turut serta dalam kempen Silent Airport, bermula Disember ini.
Dalam satu kemaskini di akaun Twitter, Malaysia Airlines memaklumkan tiada lagi pengumuman di kedua-dua buah lapangan terbang itu dan meminta penumpang merujuk kepada papan informasi digital yang ada di dalam lapangan terbang untuk sebarang maklumat terbaharu dan penting.
Kempen Silent Airport merupakan satu polisi yang dimulakan sejak beberapa tahun lalu, di mana jumlah pengumuman menerusi pembesar suara dikurangkan.
Pengumuman yang dibuat hanya akan membabitkan situasi kritikal, atau perubahan saat akhir.
Antara lapangan terbang yang telah menyertai kempen ini adalah Lapangan Terbang London City, Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan Lapangan Terbang Helsinki.