Tiada lagi kenaikan harga siling hartanah warga asing

Astro Awani
Februari 19, 2013 09:00 MYT
Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan had siling minimum hartanah RM500 ribu yang boleh dibeli warga asing di Malaysia.
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, ini kerana peratus keseluruhan bilangan rakyat asing yang membeli hartanah di Malaysia masih kurang dari dua angka dan ia tidak mengganggu pembeli tempatan.
Chor berkata nilai itu munasabah bagi pembeli asing yang kebanyakannya mencari hartanah mewah di malaysia.
“Setakat ini kami mendapati bahawa bilangan warga asing yang membeli hartanah di negara ini masih sangat rendah. Masa ini kerajaan tidak akan mengkaji semula tetapi kita mungkin lakukan demikian pada masa depan kerana 500 ribu ini adalah jumlah yang kecil terutamanya bagi warga asing,”
Beliau berkata pelabur hartanah asing masih rendah dengan memberi contoh pelaburan di Iskandar dimana pelabur dari Singapura hanya sekitar lima peratus dari keseluruhan pembeli asing.
Namun Chor berkata, angka itu mungkin meningkat berikutan pembangunan sektor hartanah Malaysia yang semakin menarik minat mereka.
Selain itu, Chor berkata Malaysia kini sedang berkembang pesat menjadi hab pendidikan di rantau asia dan ia menarik minat ibu bapa dari China dan Asia Tenggara untuk memberli kediaman untuk anak mereka yang menyambung pelajaran di sini.
#Chor Chee Heung #harga siling
;