Tiada lagi kedai judi di Kedah bermula hari ini

Adie Sufian Zulkefli
Januari 1, 2023 21:30 MYT
Muhammad Sanusi berkata, semua PBT diarah memantau dan memastikan semua premis perjudian terbabit mematuhi arahan yang diputuskan sejak November 2021 lalu. - Gambar fail
ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah menamatkan sepenuhnya semua operasi premis perjudian dan loteri berkuat kuasa 1 Januari 2023.
Perkata utama
  • Semua lesen pemilik kedai judi dan loteri telah tamat tempoh pada 31 Disember dan tidak lagi perbaharui
  • Muhammad Sanusi ketika Sidang DUN Kedah mengumumkan Kedah tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian selain menghadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri itu.
  • PBT diarah memantau dan memastikan semua premis perjudian terbabit mematuhi arahan yang diputuskan sejak November 2021
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bagi memastikan tiada pemilik premis mengingkari arahan itu semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah memantau dan memastikan semua premis perjudian terbabit mematuhi arahan yang diputuskan sejak November 2021 lalu itu.
“Semua lesen pemilik kedai judi dan loteri telah tamat tempoh pada 31 Disember dan kita tidak lagi perbaharui lesen judi.
"Penguat kuasa PBT diarah melakukan pemantauan dan pemeriksaan semua kedai judi dan loteri di seluruh negeri.
“Tindakan ini diambil bagi memastikan tiada premis yang beroperasi secata haram," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Sebelum ini Muhammad Sanusi ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 14 November 2021, mengumumkan Kedah tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian selain menghadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri itu.
Keputusan itu dibuat bagi mengelak mudarat lebih besar kepada penduduk negeri berkenaan selain bagi mencapai sasaran sifar judi.
Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kontroversi apabila masyarakat bukan Islam mendakwa tindakan kerajaan negeri itu melanggar hak mereka sebagai rakyat Malaysia, sehingga menyebabkan Muhammad Sanusi meminta mereka membeli nombor ekor di negeri lain.
#kedai judi #tiada lagi kedai judi #Kedah #1 januari 2023
;