Tiada kuasa bentuk kabinet interim - Tun Mahathir
Madiha Abdullah
Februari 27, 2020 20:52 MYT
Februari 27, 2020 20:52 MYT
Kabinet interim tidak boleh dibentuk kerana Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.
"Buat masa ini saya tidak mempunyai kuasa untuk membentuk Kabinet," katanya dalam sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Dr Mahathir memaklumkan beliau kembali sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas diminta berbuat demikian oleh partinya.
“Mereka minta saya kembali tiga hari yang lalu. Saya minta tangguh untuk fikir dulu.
“Hari ini saya buat keputusan untuk kembali,“ tambah beliau.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya namanya tidak dicalonkan untuk memegang jawatan tersebut.
#Dr Mahathir Mohamad
#kabinet
#kabinet interim
#Pakej Rangsangan Ekonomi 2020
#Perdana Menteri Interim