Tiada kompromi dalam kes rasuah dan salah guna kuasa dalam tender kerajaan

Astro Awani
Ogos 20, 2016 09:56 MYT
Jelas Hishammuddin, mereka yang terlibat perlu berdepan dengan undang-undang sedia ada dan diadili dengan seadil-adilnya. - Foto fail
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan tidak akan berkompromi dengan mereka yang terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai ketirisan yang berlaku ke atas tender kerajaan biarpun ia dibuat secara terbuka.
Jelas beliau, mereka yang terlibat perlu berdepan dengan undang-undang sedia ada dan diadili dengan seadil-adilnya.
"Sejak dari dahulu lagi, pendirian saya dengan hal-hal yang berkaitan dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa adalah konsisten.
“Kalau ada pihak tertentu menyalahi undang-undang sedia ada, siasatan perlu dilakukan dengan adil dan yang bersalah perlu dihukum,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong kali ke 13 di Kluang, Johor pada Sabtu.
#Hishammuddin Tun Hussien #Menteri Pertahanan #Mesyuarat Perwakilan Umno