Tiada kesedaran di kalangan peniaga bazar Ramadan

Astro Awani
Jun 9, 2016 02:57 MYT
Peniaga di situ mengatakan penggunaan beg plastik lebih mudah berbanding penggunaan kelonsong kertas. - Gambar Astro AWANI
Kempen tidak kepada beg plastik dan bekas polisterin masih tidak mendapat sambutan khususnya dikalangan peniaga.
Hasil tinjauan Astro AWANI di bazar Ramadan Taman Cempaka di sini mendapati masih tiada kesedaran dalam kalangan golongan itu walaupun kempen bermula 1 Jun lalu.
Pelbagai alasan diberikan peniaga-peniaga di bazar Ramadan di kawasan itu.
Antaranya, menghabiskan stok bungkusan yang lama, tekstur beg plastik yang lebih mesra pengguna serta harga penjualan pembungkus biodegrasi yang mahal.
Bagi Jariah Mokhtar, 65 tahun, dia mengakui sedikit terbeban dengan kempen terbabit dan terpaksa menanggung kerugian.
“Keadaannya memang tak bagus lah, sebab dia bila tak bagi kuantiti yang murah tu harga naik, jadi kita pembeli kena beli harga yang naik tulah..sama-sama kena tanggunglah..peniaga pembeli sama-sama kena tanggung." kata Jariah.
"Susah tu memang susahlah, jadi kita terpaksa ikut harga yang biasa..harga dulu RM5 sekarang RM5.50 terpaksa dinaikkan," katanya lagi.
Sebelum ini, kerajaan negeri melaka mengeluarkan cadangan untuk menggunakan kelongsong kertas bagi menggantikan beg plastik dalam urusan jual beli bagi jenis perniagaan yang bersesuaian.
Namun, menurut Mohamad Sharudin Kamarul Bahrin, penggunaan beg plastik lebih mudah berbanding penggunaan kelonsong kertas.
"Memang susah jugaklah, tapi kita memang ada bagikan beg plastik yang disediakanlah.
Ada juga peniaga mendakwa, harga pembungkus biodegrasi mencecah empat kali ganda
#Bazar Ramadan #beg plastik #Jariah Mokhtar #Mohamad Sharudin Kamarul Bahrin