Tiada kes baharu libatkan Kluster Sivagangga, Kurau: Ini fakta penting hari ini

Harits Asyraf Hasnan
Ogos 11, 2020 17:10 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu tidak melibatkan Kluster Sivagangga dan Kluster Kurau. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sembilan kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini sehingga jam 12 tengah hari tadi.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu tidak melibatkan Kluster Sivagangga dan Kluster Kurau.
Berikut fakta penting berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan Dr Noor Hisham hari ini:-
1. 9 kes baharu: 5 kes import, 4 kes dalam negara
2. 6 kes pulih, tiada kematian direkodkan
3. Penularan dalam negara, tidak melibatkan warganegara Malaysia
4. Kes baharu dalam negara: 3 kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, 1 kes saringan rujukan Hospital Queen Elizabeth
5. Tiada kes baharu dilaporkan bagi kluster PUI Sivagangga dan kluster Kurau
#coronavirus #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #DTI Bukit Jalil #jangkitan #Kementerian Kesihatan #kesihatan #KKM #Kurau #Sivagangga
;