Tiada kes baharu Kluster Sivagangga: Ini fakta penting hari ini

Harits Asyraf Hasnan
Ogos 8, 2020 17:38 MYT
Kementerian Kesihatan merekodkan enam kes baharu yang juga kes import sementara satu lagi kes melibatkan saringan pekerja. - Gambar hiasan
Tiada kes baharu melibatkan Kluster Sivagangga. Itu antara perincian yang dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.
Berikut fakta penting untuk pengetahuan anda:
1. 7 kes baharu dilaporkan, 47 pulih dan tiada kematian
2. Tiada kes baharu melibatkan Kluster Sivagangga
3. 6 kes baharu adalah kes import, 1 kes libatkan saringan pekerja
4. 4,198 orang telah disaring dalam Kluster Sivagangga
5. Kluster Sivagangga: Semak kesahihan maklumat sebelum berkongsi
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #jangkitan COVID #kenyataan media Noor Hisham Abdullah #kesihatan #Kluster Sivagangga #penularan COVID #wabak COVID
;