Tiada kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Karak - Anih Berhad

Bernama
November 15, 2018 13:37 MYT
Rakaman audio yang tersebar sejak petang tadi, menyatakan kejadian tanah runtuh di Lentang, Bentong menyebabkan jalan kedua-dua arah ditutup dan terdapat empat buah kenderaan dikatakan tertimbus. - BERNAMA/Fail
Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Anih Berhad hari ini, menafikan kejadian tanah runtuh di KM52.4 lebuh raya terbabit, yang tersebar di WhatsApp.
Anih Berhad dalam kenyataan media hari ini, berkata rakaman audio itu adalah kes lama yang berlaku pada tahun 2015.
"Rakaman audio yang sedang tular adalah palsu dan mohon penularannya dihentikan kerana boleh menimbulkan rasa panik orang awam," kata kenyataan itu.
Rakaman audio yang tersebar sejak petang tadi, menyatakan kejadian tanah runtuh di Lentang, Bentong menyebabkan jalan kedua-dua arah ditutup dan terdapat empat buah kenderaan dikatakan tertimbus. -- Bernama
#Anih Berhad #berita palsu #karak highway #Lebuhraya Karak #tanah runtuh #viral