Tiada insiden serangan siber dikesan dalam gangguan sistem di KLIA, KLIA2

Bernama
Ogos 24, 2019 21:35 MYT
Tiada insiden serangan siber dikesan setakat ini dalam gangguan sistem rangkaian di KLIA, KLIA2. -Gambar fail/Bernama
Tiada insiden serangan siber dikesan setakat ini dalam gangguan sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sejak gangguan itu mula dikesan pada 21 Ogos.
Menurut kenyataan dari Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) Sabtu malam, dapatan awal oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menunjukkan bahawa gangguan disebabkan kegagalan kelengkapan rangkaian.
"Pada masa ini, semua usaha difokuskan untuk memastikan operasi di KLIA dan KLIA2 kembali pulih sepenuhnya.
"MAHB telah mengambil dan akan terus mengambil semua langkah yang perlu untuk mempercepat proses itu kembali pulih, " kata kenyataan tersebut.
NASCA akan terus memantau dan menjalankan siasatan lanjut dengan semua agensi berkaitan.
-- BERNAMA
#gangguan sistem rangkaian #kegagalan kelengkapan rangkaian #KLIA #KLIA2 #Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur #MAHB #serangan siber