Tiada dokumen sulit dipapar di laman Dark Web - Markas TLDM

Bernama
Ogos 18, 2020 08:11 MYT
TLDM memandang serius kes kebocoran maklumat tersebut dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.
Dokumen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang didakwa dipaparkan di laman Dark Web seperti laporan media asing pada Isnin, tidak melibatkan dokumen sulit yang boleh menjejaskan kesiagaan dan operasi TLDM.
Cawangan Komunikasi Strategik Markas TLDM dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah mengambil maklum perkara berkenaan dan akan menyiasat punca serta sumber ketirisan maklumat itu.
“Sehingga kini sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) TLDM dalam keadaan utuh di bawah pemantauan Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC), Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM).
"TLDM memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat,” menurut kenyataan itu.
Pada Isnin, satu artikel yang dikeluarkan media asing ‘The Straits Times Singapura’ bertajuk “Malaysian navy papers put up on Dark Web” telah tular di media sosial.
-- BERNAMA
#Angkatan Tentera Malaysia #artikel #Dark Web #dokumen berdarjah #ICT #ketirisan maklumat #media sosial #Pusat Operasi Pertahanan Siber #Siasat #Siber #sistem teknologi maklumat #teknologi maklumat dan komunikasi #The Straits Times Singapura #TLDM
;