Tiada cuti sekolah tambahan sempena Aidilfitri

Anthea Yap
Jun 10, 2016 00:38 MYT
Tiada cuti sekolah tambahan sempena perayaan Aidilfitri. - Gambar fail
Kementerian Pendidikan menafikan memberi cuti tambahan sempena sambutan Aidilfitri seperti yang tersebar di media sosial.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata cuti raya adalah mengikut takwin persekolahan yang telah ditetapkan awal tahun ini.
Beliau menjelaskan perkara itu di laman Facebook miliknya.
Sebelum ini, di media sosial tersebar surat siaran yang mendakwa cuti sempena Aidilfitri bagi sekolah ditambah tiga hari.
Surat itu didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
Cuti sekolah sempena Aidilfitri telah ditetapkan bermula pada 3 Julai hingga 10 Julai depan.
#Tiada cuti sekolah tambahan Aidilfitri