Tiada caj tambahan untuk penjadualan semula penerbangan buat pelajar terjejas - KPT
Kenyataan Media
Oktober 4, 2020 09:34 MYT
Oktober 4, 2020 09:34 MYT
KUALA LUMPUR: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkandas di kampus masing-masing dan ingin pulang ke kampung halaman tidak akan dikenakan caj tambahan bagi penjadualan semula tiket penerbangan.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ketika mengumumkan perkara itu berkata syarikat penerbangan AirAsia Berhad dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) bersetuju memansuhkan bayaran tambahan itu selain bekerjasama menguruskan pelajar yang terjejas.
Pelajar terbabit diminta menghubungi IPT masing-masing untuk mendapatkan maklumat berhubung perkara itu sebelum tarikh akhir pada 31 Disember ini, menurut kenyataan itu lagi.
Media pada Sabtu melaporkan dilema dihadapi para pelajar dan ibu bapa ekoran tindakan KPT yang mengumumkan penangguhan pendaftaran secara fizikal ke IPT bagi sesi baharu pangajian bulan ini.
Hashtag #SiswaJagaSiswa menjadi trending dengan laman Twitter dibanjiri tawaran bantuan daripada anggota masyarakat serta kalangan siswa yang menawarkan antaranya tempat tinggal sementara, makanan dan tidak kurang juga wang ringgit.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad tampil memohon maaf selepas dikritik di media sosial.
#Malaysia Airlines
#AirAsia
#penerbangan
#Institusi Pengajian Tinggi
#Kementerian Pengajian Tinggi
#caj tambahan