Tiada acara bakar Bible versi Bahasa Melayu di P.Pinang - Polis

Bernama
Januari 27, 2013 22:30 MYT
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata tiada acara membakar Bible versi bahasa Melayu berlangsung di Padang Bandaran Bagan Luar di sini hari ini, sebagaimana dihebahkan sebelum ini.
"Setakat ini Alhamdulillah saya dapati masyarakat di sini terutamanya masyarakat Islam tidak menyertai perancangan ini," katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh sensitiviti keagamaan dan budaya pada masa depan kerana ia boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.
Isnin lepas, polis menerima laporan daripada seorang paderi yang menemui risalah bertulis 'jom bakar...pesta bakar Bible Melayu demi masa depan cucu kita' yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja di negeri ini.
#bakar Bible #Datuk Abdul Rahim Hanafi #Padang Bandaran Bagan Luar #pulau pinang